Friday, June 11, 2010

kepala oh kepala....

hurm...dari semalam lagi kepala dah berat
apsal ntah,maybe terlalu memikirkan result periksa
dan dengan gigihnya menumpu pada laptop tak taula berapa jam sampai nk terjuling anak mata tuhh...
ish3~and today..!!waktu petang ondaway nk g cmart di arau pn leh pening lagi....hadooiii
nasib baikla dalam keadaan drive boleh lagi menumpukan perhatian...
sesampainya dirumah,lewat petang td terus pengsan di katil sampai kul8 mlm...kui3
ouh,nape tak amik panadol??kalu boleh aku akn cuba elakkan makan panadol sebab kiter da tau kesan sampingannya dalam jangka masa yang panjang.....
now,aku rase fresh sangat,kepala dah rase ringan and hope tadi tu bukanlah migran ke ape sebab aku memang takde migrain pn.....huhuuu
here i've a little bit an information about headache :



Jenis-jenis Sakit Kepala

1. Sakit Kepala Yang Tegang

Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain

Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
v Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang
didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan
perubahan fikiran.

v Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.
v Bentuk migran lain yang lebih jarang

Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok

Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.


*so setelah dikenal pasti,mungkin sakit kepala biasa saja...stress maybe...but not yang tut tu eh cz im not married yet! ahahaha =)

No comments:

Post a Comment