Friday, June 21, 2013

kehilangan

Assalamualaikum readers..

baru harini jari jemari begitu ringan untuk menaip. setelah sekian lamanya hidup jatuh dan bangun yang aku lalui membuatkan ku malas untuk mengupdate blog..

yea,kenapa entry kali ini bertajuk kehilangan??
sebab dalam blog nih aku akan menceritakan segalanya..tentang suka dan duka.ku ibratkan ia seperti diari peribadiku.dengan niat ku harap anakku dapat sedikit sebanyak cerita atau kisah hati mamanya..yup.tak semua cerita boleh ku cerita melalui mulut.adakalanya ku harus pendam demi kebaikan bersama...

kisah ku kehilangan seorang anak yang sangat aku dan suamiku tunggu selepas diijabkabulkan. tapi Allah perancang segalanya..dia yang lebih Mengetahui..walaupun ia baru fetus,tapi sayangnya itu hanya Allah yang tahu. naluri seorang emak.patutlah orang cakap, bila dah ada anak baru tahu betapa naluri sayang emak tu pada anaknya...

Mama ingat lagi masa bulan November 2012 mama telah disahkan pregnant. panggil mama lah kn. la nih pun nak jadi mama dah..hehe happynya bukan kepalang. papa lah yang paling eksited.nak tau papa punye eksited masa lepas seminggu or 2 minggu mama dan papa kahwin,papa belikan mama pergnancy test. dia cakap tryla test.mana tau mama pregnant. mama tepuk dahi. mama cakap,abg..kita baru kahwinla. possible lah mama dah pregnant...!haha mama geram je dengan papa tuh.. tapi layankan jugaklah..sekali check2.........--------the result is -ve!haha..mama lega sebab mama belum habis lagi nak manja2 dengan papa...haha

kemudian, dalam bulan November mama dah pelik sebab period mama tak datang lagi.cuak tuh opkoss laa..tapi buat dono lagi..sekali dalam teragak2 tuh papa belikan mama pregnancy test. papa siap cakap naluri hati dia tepat kali nih..hehe papa beli brand yang agak mahal sikit. CLEARBLUE. this brand is the best.walaupun mahal sikit tapi result dia accurate rather than others..ok, budak kecik tayah amik tau. hehehee 

subuh-subuh tu mama bangun awal.papa tido lagi time tuh. mama nak test pregnancy test tu.orang kata nak tau the best result through air kencing pertama kita diawal pagi..so mama pn wat la...tadah air kencing tuh then celupkan..thennnnnnn.......tunggu line dia bergerakkk....then............jeng3........its +ve!!!!! oh maii.....tangan mama menggigil. mama menggigil sebab dalam sebulan dua sebelum tuh perut mama dah ada "someone"!! cepat2 mama kejutkan papa..hurm..papa dengan mamai sengih air liur basi...hehe lepas kami solat subuh.tengok2 dah hilang. balik dia cakap p umah mak jap. mama cakap abg dah bagitau ke?papa pun kata dahhhh...aiyark! ingatkan nak kasi surprise...tapi sebelum tu pun mama dah tanya2 nenek pasai mama punya priod tak sampai lagi...nenek cakap ntah2 dah ada..tapi mama menafikannya...hehe takotlah kata kan..

few weeks selepas tuh mama dan papa pegi klinik kat sec.3 untuk sahkan pregnancy mama.yup, mmg sah.doctor scan tapi baru nampak kantung..time tuh anggaran mama dah 6weeks..mama tatau nape.balik tuh mama tak sedap hati sangat.tapi mama tak pikir sangat...doktor kasi new date untuk scan skali lagi....

seminggu selang camtuh mama p hospital umra. mama tak pegi klinik tuh sebab nak mintak second option. doc pun scan. but still the same. doc cakap tak nampak apa lagi..dia kata awal lagi.nampak kantung kecik and bulat je..hurm..mama balik dengan frust.tapi mama think positive..........

mama wat keje macam biasa...pergi keje,balik keje..tapi dah end of year mama betul2 bz.workload..tender sebutharga tayah cakapla..mama stay sampai pukul 2pagi nak siapkan tender. tender 2 orang tapi kena siapkan sorang.can u imagine??yang lagi sorang tuh leh lak amik mc..abistu takkan mama nak wat alasan preggy??ouh,bg mama so not reponsible...wat keje then tinggal then suruh orang lain kover pulak. itu bukan mama lah..kerja kau,kau responsible laaaa...

mama jadi stress.sikit2 mama ada bleeding cam nak awal period tuh. mama dah risau.tanya nenek, nenek kata klo pregnant sepatutnya takde bleeding. mama jumpa doc hospital umra. dia kasi ubat duphaston= ubat kuat rahim. mama makan,tapi still ada bleeding....pergi scan lagi doc said ur baby is too small puan. dalam hati nak menangis..tapi dia nasihatkan mama supaya tenang. 

papa tegur lately mama tak ceria macam selalu. banyak diam. dia tahu mama risau baby dalam perut. papa banyak nasihatkan mama dan serahkan segalanya pada Allah..pada tuh mama dah tenang sikit..

<<< 7.01.2013 >>>
tarikh yang mama takkan lupa. pagi nak pergi kerja papa hantar mama..mama cakap mama ada sakit perut. perut macam cramp. tapi mama berkeras nak pergi kerja.sebab kerja banyak lagi kat opis..papa tau mama degil.taleh cakap pe lg dh.papa pun hantarlah....

time lunch mama makan.tapi tak selera. sebab perut mama sakit sangat.cramp period.senggugut.memang sakit.ada opismate melayu join lunch sekali pun tade kata bek pergi check. ada yang dah penah beranak pun.mengingatkan mereka lagi sakit hati. yelah,kita first time pregnant.takkan lah orang yg dua kali pregnant taktau untuk nasihatkan pape??cukuplah aku jumpa orang camnih...

mama sambung buat keje lagi. tapi memang tak tahan. wat keje terbongkok2..balik tuh papa amik terus pergi hospital umra tu lg..dia scan lg.dia cakap ur baby is ok.dia scan ikut miss V mama. papa cakap before dia nak scan mama,dia cam dah dapat agak what would be happen to mama. tapi dia tanak cakap. time tuh mama dah baring kat katil utk siap2 discan..after that, dia nasihatkan mama to keep going eat ubat kuat rahim tuh. then dia cakap lagi bleeding tu adalah disebabkan oleh threatening abortion..dia cakaplah bla...bla..bla...mama tak sanggup nak ingat apa yang doc tu ckp sebab ia buat hati mama jadi lagi sedih..

balik tuh, papa dah belikan air anugerah, air zam zam utk mama.kita hanya ikhtiar. mama sampai rumah pukul 7.30 malam sebab singgah kedai mamak tapau makanan. sampai tuh mama nak mandi. badan melekit. masuk bilik air lepas kencing, mama jirus air ke badan..ke kepala..then mama nampak ada darah kt lantai. mama jirus miss V tapi darah ada lagi. mama terkejut. nak nangis. then mama berdiri.tapi darah tu still mengalir kat peha kaki mama..mama panggil papa. papa pun terkejut. cepat suh mama kuar bilik air..

mama dengan bertowel duduk atas sofa. untuk relaks. mama pakai pad. sambil mama duduk,mama tengok picture hasil scan tadi. mama cakap, if ada rezeki baby tuk kali ni mama bersyukur sangat. if Allah tidak mengizinkan mama, mama redha..mama nangis:'( time tuh papa tengah solat. pastu papa suh mama pakai baju sebab sejuk kena angin kipas.tapi tiba2 mama nak bangun mama rasa ada benda panas kuar kat pad. mama duduk balik. then nak bangun darah kuar lagi..mama cakap mama takleh bangun. rasa darah kuar kat pad. papa ajak mama p hospital terus. situasi memang dah panik. papa col adik mama (mak ngah) suruh datang tolong pack baju mama. time tuh mama memang taleh bangun. hanya mampu menangis sakit..

after pack, mak ngah tolong bawakkan beg mama. nenek and atuk time tuh takde. sebab moyang kena masuk hospital.icu.pengsan sampai tak sedarkan diri..Ya Allah berat sungguh ujian mama time tuh..mak ngah dah menangis. papa dukung mama bawak turun ke kereta. first time mama tengok papa semangat time menyelamatkan mangsa..hehe...yelah, papakan hero kita dan masyarakat.. ;))

papa bawak pergi hospital klang terus. ondaway dalam kereta papa bagi mama semangat. kalau jadi pape kat baby kita kena redha. mama memang keep on crying. sambil tangan miss V..sakit..rasa darah memang dah penuh kat pad. sebelum tuh papa dah col atuk n nenek.dorang tunggu mama kat hospital. sesampainya papa terus park kt emergency dept. mama tengok ada atuk, nenek, maklong, pak ngah, mak edah..mama dok kat wheelchair. atuk tolong tolakkan....

mama pergi emergency tuk wanita bersalin. dah sampai sana nurse suruh tukar seluar. pakai kain pink sepital punya.aduyaii...sakit2 camtuh pn mama kena bangun lagi tukar kain. aduhh...papa pulak takde nak tolong papah sebab lelaki tak boleh masuk. mama kuatkan jugak bangun tukar kain and pad. sampai toilet bukak je pad mama tengok kat pad mama ada kantung dah keluar.. Ya Allah...menggigil mama tengok. mama terus jerit panggil nurse. mama cakap baby dah keluar. menangis tayah cerita. sepanjang dalam tuh mama menangis.....

nurse bawak mama masuk satu bilik. yup, doc nak cuci dan keluarkan apa yang tertinggal lagi dalam miss V mama..mama menangis bukan sebab sakit.tapi mama dah kehilangan anak mama... :'( doc masukkan satu spekulum then mama just rasa ada benda sejuk dia cuci miss V mama. ouh yes, macam kita cuci luka. then dia scan..dah takde pe tertinggal dalam perut mama. dua kali dia cuci dan dua kali dia scan. dia letakkan kantung tuh dalam bekas. pastu dia masukkan dalam bottle khas yg dibalut dengan plastik kuning. nurse cakap tu untuk mama bawak balik. tapi senanya untuk mama tanam... T__T

lepas doc check dan puashati, dia kasi mama balik. takde ubat pape pun dia kasi. balik buta2 je...hanya mc seminggu. then nak balik mama nak tukar seluar. papa masuk tolong papah mama. jumpa papa je mama peluk papa kuat2. nangis semahunya..papa time tuh kuat sangat. papa tak nangis pun. mama tahu papa memang kuat...

nak balik, atuk dan nenek dah tunggu kat luar. nenek tayah citerla. bengkak dah mata dia tengok anak dia pulak kne masuk emergency. dorang suruh mama balik dulu sebab nak tunggu nenek..mama pun balik..nak jalan memang sakit. miss V mama sakit dan pedih, ngilu.. dalam kete belum sampai gate nak keluar papa menangis...malam tu mama tengok papa menagis semahunya..mama tau naluri seorang ayah yang nak tengok anaknya keluar dengan sihat dan sempurna tidak kesampaian..kitorang berhenti tepi jalan sunyi kt sepital tu tenangkan papa..baru mama tau rupanya masa mama kat dalam tuh papa hanya tahan menangis. dia tanak atuk and nenek tengok. nanti dorg lagi sedih..after papa dah cool, kami teruskan perjalanan balik...

sampai rumah mama terus tido. mama rasa penat sangat. masa kt emergency dept tu pn doc cakap temperature mama tinggi. dia kata mama demam. tapi senanya mama terkejut and mama byk menangis...

lepas dari tuh bermulalah 2 minggu mama berpantang kat rumah. papa amik cuti seminggu jaga mama. just wondering walaupun mama menyewa rumah dekat dengan umah atuk n nenek (rumah flat), tapi mama berpantang kat rumah sendiri. segalanya diuruskan papa..Ya Allah, mama bersyukur dapat papa yang rajin tolong mama.. papa tak penah merungut. air panas papa sediakan, kain baju papa siap basuh,jemur..nenek hanya datang bawakkan lauk berpantang utk mama..bengkung papa pakaikan.stoking pun papa pakaikan..hehe papa sangat manjakan mama sejak mula kahwin sampai lah sekarang..syukur alhamdulillah. tapi mama tak pernah amik kesempatan kat papa. yang mana mama leh wat sendiri,mama buat. sebab tu mama suka masakkan papa sedap2 biar papa gemok. tapi papa bising sebab nanti badan dia tak fit dah. tapi mama wat tak dengar je...hehe sebab mama suka tengok papa selera makan bila mama masak ;)

masa berpantang boring..nasib baik ada papa. boleh borak2 dengan papa. tapi tiap2 malam papa akan menangis teringat kan baby..lagi2 doc siap kasi bawak balik bottle tuh. tapi lama2 papa dah leh terima baby dah tak ada lagi..bukan rezeki kami untuk jaga dia..

lama mama papa simpan baby. dalam sebulan lepas tuh mama dah sihat dan kuat baru ada kekuatan nak tanam baby..papa balut dengan kain putih then tanam depan umah moyang..atuk,nenek mama n papa sedekahkan al-fatihah untuk baby..baby, walaupun hanya baru sebesar embrio dan berada dalam perut mama untuk seketika tapi kami redha..sebab segalanya Allah dah tentukan..mama tak pernah lupakan baby. bila balik umah moyang mesti mama akan tengok baby...mama sayang baby.. :)



Lotsa Love,
Mama