Saturday, December 28, 2013

welcome our precious little angel 2

helloooo!! assalamualaikum ;)

haa..kembali lagi kita ke sambungan entry yang seterusnya. apesal banyak sangat post dalam satu masa nih?haha mama boring. time nih adik tengah tidur. tengah takde watpa and ada kesempatan mama grab la masa yang ada nih..

Ok, jap..adik dah nangis nak susu...hold naaa...

Ok, he's sleep already. jom sambung!

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.....jeng3...


18.11.2013


Mama telah diberi arahan dan sepucuk surat yang mengatakan harini mama kena admitted kat ward. yakni sahari sebelum hari operation. ok, mama pasghah lagi. then, pergilah mama melapor diri hari tuh. dalam tengahari mama dah dapat katil. eceh, macam kat bilik hotel pulak yea.kui3..

Seharian kat sana takde pe pun. mama boring. cuma cam biasa nurse akan pantau. every hour dia akan check body temperature, n heartbeat baby. yang bagusnya diorang memang akan monitor keadaan kita betul2. kalau tak, tak adelah check benda tuh semua sampai pagi esoknya. iyeee, time mama tgh tido pn dorg akan kejutkan. sebab nk check baby heartbeat. ouh  yes, mungkin rezeki mama time tuh dapat nurse baik-baik sangat..this is true tau! takde yang kekwat langsung. kalah nurse kat jalan kebun. berlagak yang amat!poyo!huh!

Oklah, mama tanak citer pasal diorang punya behaviour. kita citer pasal kiter je keyh ;) 
Malam pun berlalu dengan sepinya. mama rasa malam tu sangattt panjangg.memang tak boleh nak tido. sebab panas. bukan sebab cuaca panas, tapi memang ibu mengandung lagi2 dah dihujung kelahiran badan memang sentiasa berpeluh. sebelum papa balik petang tuh, mama dah pesan pagi esok janganlah datang lambat2..mana tahu turn mama nak operate cepat ke.. urm, senanya nih first time mama and papa berpisah sementara. mama papa mana pernah berenggang sebelum nih. tuh yang papa nak balik mama siap nangis bagai..alahai...hhihihi

Eh, siang tuh mama kena cucuk dengan nih. sakit tau..


Tapi tengah malam tu mama dah kena start puasa. pastu yang paling azab nurse ada cucuk mama dengan satu suntikan. nama saintifik tatau tapi nurse cakap tu suntikan untuk matangkan paru-paru baby. urm, nak kata adik baby prem pun tak jugak sebab time tuh mama dah nak masuk 38weeks. tapi sedang2 lah..sakittt sangat bila ubat tu masuk kat kulit. itulah cucuk paling sakit dalam banyak2 suntikan! cucuk ubat bius pun tak sakit macam tu tau..huhuhu memang nak menangislah.siap nak meneran lagi nak menahan sakit punya pasal!


19.11.2013

Lupakan cerita pasal sakit tuh. diikutkan tengok dalam whiteboard mama punya turn masuk OT adalah yang keempat. mama tengok jiran mama tu turn dia first. mama bajet turn mama tengahari. nurse pun dah cakap, ceaser sekejap je. satu jam dah siap dah if takde pape.. mama pun dok boraklah dengan papa. melayan loyar buruk papa tu kan. rupanyaaa papa citer malam tadi dia tak boleh tido. papa datang hospital pukul 3pagi. pastu lepak kat surau. whoaa..mama terkezut!! pukul 3pagi tuhh..huhu papa sanggup datang sebab dia punya risau mama nak operation pagi tuh. tak sangka sayang bini beb! hehe mestila sayanggg kan.. ;D

Sambung lagi, borak punya borak sekali tetiba nurse panggil. lebih kurang pukul 9pagi kot. mama cuakla ape pasal. turn aku ke. sekali betul da...baringla mama kat katil yang bergerak tuh..menujulah mama ke OT Room....

Dalam meniti perjalanan ke OT Room serammm...dah masuk lagi serammm...sejuk dia tayah citer! mulut tak henti2 berzikir,mintak dipermudahkan sepanjang operation dan dikurangkan kesakitan. betul lah kata orang yang ada pengalaman czer nih tak sakit pun sebab dia bius separuh badan...dorang cucuk kat bahagian pinggang. pastu ntah mana ntah. selang beberapa minit memang tak rasa kaki tuh. memang kebas. ouh yea, mama dalam keadaan sedar time tu ;) hanya dihalangi sehelai kain tebal menutupi pandangan mama. dorang tak kasi tengok sepanjang operation tu berlangsung.

tik..tok..tik..tok..

hanya rasa satu garisan macam guna pembaris, camna nk cakap ek, amik pensil tuh gariskan dekat kulit. tapi jangan tekan. ha, camtu je rasanya bila doc nak start belah perut mama..pastu dia tekan2 sikit bahagian atas perut..sisi sikit...pastuuuu...wekkk...wekkk...uwekkk...tangisan adik dah kedengaran. masa mama tengah baring tu Ya Allah, tuhan saja yang tahu perasaan mama. gembira, tak sabar pun ada nak tengok adik. pastu terpikir tak sangka mama nak jadi mak dah..bayi yang mama kandung selama 8bulan lebih sekarang dah keluar dan ada depan mata mama...syukur alhamdulillah, sepanjang proses itu dipermudahkan Allah. Ouh, masa baby keluar tuh mama dengar dorang cakap blue or ape ntah. pastu dorang cakap blue. haa, sah lah tu baby boy!hehe...

dorang cuci adik sekejap,then dorang kasi mama tengok. Ya Allah, sekali lagi nak menitik air mata. anak aku ada dalam dakapanku.. :') lepastu mama terr angkat kepala pulakkkk..doc dah pesan lepas operation jangan bangun selama 6jam dan masa dalam OT Room pun jangan angkat kepala sebab nanti ubat bius tu boleh naik ke kepala ke ape ntah doc cakap..ha,mama dah terangkat kepala sikit tuh sudahnya mama dah rasa pening yang aamaaaatttt sangat! nak muntah tapi tade apa yg keluar..

dah siap semua dah boleh masuk ward. adik pun dorang bawak sekali. mama tak larat dah time tuh.serius. sian adik. mama tak boleh bangun langsung. mama pun tak dapat bagi susu esklusif yang pertama kat adik..huhu.. sory yea sayang.. tapi pastu mama topup balik. kasi susu mama banyak2 kat adik.. :)

oklah. inilah dia Muhammad Aleef Riyadh. Encem boy mama..moga jadi anak yang soleh yea sayang. mama papa sentiasa doakan untuk adik.. # Dilahirkan secara pembedahan, dengan seberat 2.75kg, pukul 10.11a.m. @ 19th November 2013 :))


* fresh from oven

rambut pacak-pacak

time nih tak silap mama dah malam

muka dah macam anak cino. hidung bukan mennn....


adik dah besarrrr!!hihi ini dah nak dekat 40 hari. pose tu bukan mainnn...!!!
* acik eyin snap picture nih. adik dikerjakan nenek. nak pergi mandi


papa kata muka adik nih sebijik muka mama masa kecik.hehe adik kan minimot mama..


39 hari!! pau boy mama and papa!! love u sayang...muachhhh!!




welcome our precious little angels 1

Assalamualaikum w.b.t...

selamat yea semua.alhamdulillah akhirnya sempat jugak ku mencurik-curik masa tengok belog nih. dalam hati rinduu sgt tapi apakan daya. terlalu sibuk dengan si kecil dan sedang menyesuaikan diri dengan gelaran baru membuatkan aku tak sempat nak buat apa2. tumpuan hanya tertumpu pada si kecil dan berpantang..syukur, aku diberi kesempatan oleh Allah untuk aku merasa dan memegang gelaran sebagai ibu. bila seorang wanita itu sudah berkahwin, apabila dia telah melahirkan zuriat suaminya, tiada kepuasan lain yang mampu diucapkan. lengkap sudah hidupnya :) syukur..

ok,jom ikut rentetan kisah kelahiran Muhammad Aleef Riyadh Bin Mohd Hazrol nih. si kecik  nih sekarang dah banyak akal dh..haizz..sampai neneknya pun geleng kepala bila dia mengamuk! haha..


5.11.2013

Seperti biasa mama akan buat checkup di klinik kesihatan seksyen 19, shah alam. kali nih mama da mengandungkan adik almost 8bulan. so, checkup mama seminggu sekali. this time mama ade appointment dengan doc..perut mama kena scan aritu. selepas scan doc mendapati kedudukan adik still diatas. which means adik belum engage lagiii atau nama saintifiknya songsang. aiyoh,mama da macam cuak2. doc scan lagi sekali untuk mengesahkan. so...memang sah. then dia mintak mama refer hospital untuk berjumpa pakar regarding baby breech and air ketuban mama dah kurang masa tuh...

12.11.2013

Pagi-pagi buta lagi mama papa dah keluar nak pergi hospital klang nak jumpa dengan doc pakar. sesampainya disana alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kita. sekejap saja dapat turn. orang tak ramai lagi. cuma tunggu doc je yang saaangatttt lama! katanya dia kat bilik OT. hurmm, redha jelah yea. doc sampai then wat CTG kt mama. purposenya untuk tahu bacaan heartbeat adik. stabil ke tak stabil. selepas selesai tuh turn mama jumpa pakar. scan punya scan dia cakap air ketuban mama kurang. perut mama padat. tujuan sebenar mama jumpa pakar adalah untuk pusingkan adik dalam perut. ingatkan doc boleh pusingkan..tapi doc cakap dia tak boleh buat. if dia buat very HIGH RISK! ok, mama da cuak!

Lepas scan tuh, lepas je dia cakap baby taleh nk dipusingkan terus dia buat keputusan dan dia cakap dengan doc satu lagi yang wat CTG mama tuh......>>>Ok, please set date for the operation<<
Mak datuk! tertelan kelat teruih air liur mama...itu maksudnya mama kena ceaser! muka time tuh dah redha. mama memang dah bersedia. since last week tu lagi. mama siap cakap kt doc pakar tuh, u can do everything to me doc as long as my baby is alive. dia pun senyum :)

Sebelum balik, dorang set kan tarikh for ceaser. date pun dah dapat so mama balik... dalam perjalanan balik mama tatau nak describe feeling mama time tuh. happy ke, bersyukur ke, takut ke, tak sabar ke sebab semua perasaan tu semua bercampur baur. mama happy sebab soon mama dapat jumpa adik. tak sabar pun yea. takut pun ada sebab tulah kali pertama mama kena operation untuk bersalin. sedih lagi ada sebab mama tak dapat nak merasa bersalin normal. nikmat sakit melahirkan tuh. tapi papa banyak motivate mama. semua yang Allah dah aturkan ada hikmah disebaliknya. yup, mama setuju kata2 papa tuh..thanks alot syg ;)


Nak tau bila mama bersalin kan adik??hehe 
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Ok, kita tunggu entry yang seterusnya......................

bye byeeeeeeeeeeee.... ;))))