Sunday, December 30, 2012

my love..forever..

Dia
yang tidak mengenal erti jemu melayan kerenahku
Dia
yang sentiasa sabar dengan perangaiku
Dia
yang selalu mengambil berat akan kesihatanku serta anakku
Dia 
yang akan selalu membuatkan air yassin untukku
Dia 
yang banyak bersusah payah untukku dalam apa jua keadaan
pengorbanannya tak dapat ku balas
tidak pernah merungut sekalipun


Ya Allah
ku bersyukur dikurniakan Dia di dalam hidupku

Ya Allah
Dia suamiku..
sungguh mulia hati budinya
jiwanya sudah terpahat kekal didalam jiwaku

Ya Allah
Sesungguhnya lindungilah hubungan kami ini hingga ke syurga
aku tidak mampu menghadapinya jika ku kehilangannya
Moga zuriat yang dikandung ini menjadi  pengikat kasih sayang kami
Selamanya...

Aamiinn..



Thursday, November 15, 2012

me and my life

hye!assalamualaiku oulsss~!! ;)

fuhhh kire,fuhhh kanan..jampi bukan sebarang jampi tapi fuh nak hilangkan habuk2 kt blog nih. lama betul kan tak berupdate?hehe amik mood sebenarnya... :D

lama menyepikan diri bukan bermaksud saja2 nak menghilangkan diri dari sesiapa.tapi kini tumpuan lebih kepada keluarga dan suami. minta maaf sesangat pada kawan-kawan rapat yang slalu propose nak ajak keluar,tapi tak dapat ditunaikan.huhuhu yana bukan sengaja my sayangs semua.tapi mungkin masa selalu mencemburui membuatkan susah nak keluar. hal kerja dah satu hal lagi.stress!!! maybe next time yah kite hangout sesama.. ;) tapi kan for those yang dah kahwin ada rasa macam some missing tak bila keluar w/o husband??mesti ada kan?hehehe pada yana perasaan ini hanya dapat dirasa bila orang tu dah tunang n kawen je..kotlah kan. so,klo nk rasa camna perasaan tuh,cepat2 la kawen yea...hihihi *ada rasa geli tak baca?kalau geli jangan baca! :P

sekarang nih yna n husband stay dekat2 dengan rumah mak n mil. ramai orang cakap,if u want to be independent dudukla rumah asing2. yup,itu betul. susah senang hanya kita dan husband saja yang tahu.  dan sebenarnya kita akan lagi lebih banyak belajar sifat2 yang ada pada suami serta memahaminya. dalam rumah hanya ada kita dan suami. nobody can disturb you.nobody can kongkong you. rumah bersepah macam mana pun takde sapa bising,baju tak berlipat pun takde sapa bebel. tapi sebenarnya bukan more pada itu. tapi sebenarnya more on kita boleh mencorakkan keluarga kita sendiri. buat financial planning and can decor on your own home. seronok! bila hasil kerja menghias rumah adalah hasil tangan sendiri dan suami. bila duduk sorang2 kat rumah, screening kiri kanan teringat masa mula2 masuk rumah. kan sweet moment tuh ;) tapi kalo part gaduh majuk tak berapa seronokla!haha

anyway,banyak yang yana belajar. dari dulu tak pandai masak,sekarang nih dah excellent!eceh..asam pedas pun tak pass lagik!..tapi kira okla kan.alhamdulillah,most probably baru first try masak dah jadik..yeay!hasil berkat selalu kacau mak kat dapur dan bebelannya...hahahahahaha senanya nih baru stage learning.banyak lagi yang perlu dipelajari. yana teringat satu ayat nih: kalau nak kahwin kena pandai masak.kalau tak pandai takleh kahwin.hehehe tapi pada yana tak berapa setujulah.hihi sebabnya walaupun sebelum kahwin kita tak pandai masak,nanti dah kahwin mesti pandai masak.abistu nanti husband nak makan apa kan kalau tak masak??hehehe kalau ada still tak reti lagi...err,no comment!haha


apepun,semuanya terpulang pada individu masing2.setiap orang lain caranya..i love my life now. syukur pada nikmat Allah yang tak terhingga ini.moga Allah memperkenan kan doaku agar ditambahkan lagi ahli di dalam rumahku ini sebagai pengikat kasih sayang kami suami isteri...rindu nak dengar suara baby.baby, cepat-cepatlah ada dalam perut mama nih yea...insyaallah,coming soon. aamiinnn.... :)






Saturday, June 16, 2012


hari-hari rindu... ;)

terindah di dalam hidupku

salam buat semua... :)
alhamdulillah,syukur dengan limpah dan rahmat daripada-Nya masa yang ku tunggu-tunggu selama ini tiba jua..detik 3.06.2012 akan terpahat kemas dalam hati ini selama-lamanya kerana detk inilah aku telah sah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama suami, Mohd Hazrol..

Tak dapat digambarkan saat-saat lafaz akad nikah dilafazkan,seolah ada satu perasaan yang cukup syahdu menyusup masuk dalam hatiku..alhamdulillah dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi isterinya.proud to you abg! ;) *u know what,aku pulak yg cuak dekat orang yg nk lafaz nikah tu sebab tgk die releks je...adehhh..remind byk kali smggu sebelum majlis supaya praktis banyak2..hoho

now, bermulalah satu fasa baru dalam hidupku..dan juga sedang adapt dengan tittle baru nih.hehe 
apa perasaan??semua perasaan ada.kalau dulu nak tidur sesuka hati je dengan bantal berbiji-biji,froggy kt sebelah kanan,nini kt sebelah kiri.tapi sekarang nini dengan froggy dah kena tinggal dekat rumah mak...mak bising tak kasi bawak... :( suami dah ada boleh teman...sobsob....kalau dulu time cuti sabtu ahad,eh sama je hari2 boleh bangun lambat,tapi sekarang no lar.hari2 kena bangun awal.pastu da kena fikir nak buat breakfast ape untuk suami,then balik keje kena pikir dinner nanti nak masak apa untuk suami...agagaga~insyaallah,pandai aku atur semuanya dong.. :) tapiii...the best part is......when we have someone to share everything.everything...dari pasal keje,stress,part2 yang sedih,gosip2,ketawa2 semua boleh share.he is my husband,my bestfriend forever,teman gaduh,teman ketawa,teman gosip2,teman nak manja2..upss! ;P alhamdulillah....

after majlis,aku dapat cuti seminggu 2 hari..hehe memang heavenla...puas jugakla senanye sebab dapat rehat dari pikir hal-hal office disamping dapat merehatkan badan selepas majlis perkahwinan ku..kemana je?ouh,pegi bercuti dekat fraser's hill je..tak pegi jejauh..cuti sekolah kan.tak best.ramai orang..so,we decide pergi dekat2 je...okla kan.nyaman wooo....hehehehe ;)

tidak dilupa juga pada teman-teman serta kaum kerabat keluarga yang hadir dan banyak bertungkus-lumus bagi melancarkan lagi majlis perkahwinan ku.memang tidak terbalas dengan kata-kata.terima kasih diucapkan :)

oklah,sampai disini sajalah corat-coretku kali ini...
aku berdoa agar ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke syurga dan dikurniakan kebahagiaan,rezeki serta zuriat yang soleh dan solehah...aamiinn....




*baru lepas nikah.memang berselipar je turun bawah.ahaks!


ku milikmu... ;)





Tuesday, May 1, 2012

            " Ya Allah, Sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, Bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan agamaMu...
Maha Suci Engkau, Perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini,
Limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu,
Sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan"

~Amin Ya Rabbal Alamin~

*gambar hiasan*

Friday, March 30, 2012

wordless friday

rasanya dah lama sangat blog nih tak berupdate kan?? :)
banyak sangat yang berlaku dalam kehidupan seharian sampai masa untuk diri sendiri pun tak ada..
serius??*bukan awak bujang lagi ke??!
serius laaa..abis tu keje,buat itu,buat ini kan.balik keje dah penat.kadang-kadang sampai balik lewat malam.sharp 10.30 p.m ade appointment dengan tunangan hati pulak.henfon harus sentiasa digenggaman...hehehe jadilaaa buat lepas rindu..>>>>eh2,silap topik dah nih ;P

*
*
*
*

yea,apakah entry kali ini??

*
*
*
*

i juz wanna make this entry special for him.yup,for him..u know why?

*
*
*
*

aku sangat bersyukur kerana dipinjamkan oleh Allah S.W.T seorang lelaki yang telah hadir dalam hidupku. seorang yang penyabar dan tabah.walaupun bukan seorang yang berharta,tapi kaya dengan budinya,hormat akan orang tuanya dan yang penting pegangan agamanya..dugaan demi dugaan yang datang membuatkan kami semakin matang dan kuat.terutamanya si dia.ya,aku tau dia sangat tabah.aku pula,hanya mampu menangis dalam diam.hanya semangat dan kekuatan menjadi pendorongnya..chuk, i know u are strong.chuk kena sabar. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. anggaplah ini sebagai ujian sebelum kita disatukan..berdoalah moga jodoh kita dikuatkan dan kekal hingga ke akhir hayat..aminn..

Jangan bersedih sayang,
Kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan,
Hebat tanda kasih NYA,
Jalannya dihias dengan duri-duri luka,
Tidak dibiarkan lena dengan nikmat melimpah,
Tapi dihidangkan dengan keperitan susah payah yang tiada sudah..


p/s: I Love u so much

Sunday, February 26, 2012

wordless sunday


maafkan ku
kerana tidak bisa untuk sehidup semati denganmu
sudah tertulis bahawa aku bukan untukmu
lupakanlah aku

fahamilah..
hatiku kini milik seorang lelaki
yang bakal menjadi imam dan suami di dalam hidupku...


Saturday, February 25, 2012

yuna terukir di bintang (lirik)




Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia..

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
kan..kamu...

Sayangku,
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mugkin hilang cintaku padamu...


Tuesday, February 14, 2012


Alhamdulillah
syukur padamu Ya Allah
semua urusan berjalan lancar harini
semoga terus dipermudahkan segala urusan di kemudian hari

*
*
*

aku yang sedang menunggu salah satu detik penting dalam hidupku
hanya menghitung hari dan bulan
segala persiapan dijalankan sedikit demi sedikit
mental dan fizikal harus disiapkan juga
pengalaman dari orang sekeliling, mak dan abah dan pembacaan membuatkan ku semakin matang dan kuat
Insyaallah..





p/s: cuak bila mana sekarang hanya membilang detik dan hari. beberapa bulan je lagi beb! pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu..


Monday, January 2, 2012

corat-coret

haa..nak tahu lebih lanjut karakter orang yang lahir pada bulan Julai macam ai nih?
entry kali ini hanya sekadar suka-suka..*kalau enche tunang tahu mesti dia cakap tahyul T__T
reminder: hanya suka-suka saja yea..nak buat jugak!hehe
come take a look bebeh!actually agak dah lapuk jugakla post yang cenggini.tapi dah boring tatau nak watpa..layankan ajerla~~zassss!!

~July~
  • sangat suka didamping- memangla sukaaa..baahahaha!lagi2 kalau enche tunang.muaccs! ;)
  • banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki- yup,perahsia sampai pernah digelar gadis misteri oleh cikgu di driving school..hehe
  • agak pendiam kecuali dirangsang- yaaaaa..memang pendiam!tapi kalau dah start berceloteh susah dahla nak berenti...heuheuheu
  • tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan- i know this is one of my weakness.yana mmg tak suka menyusahkan orang lain dalam segala hal.try buat sendiri dulu*kononnye* tapi dah tak reti baru nak gedik2 refer orang...T___T
  • mudah dipujuk dan bercakap lurus - perempuan memang mudah dipujuk kannnn...hahaha kan syg kan? :P
  • sangat peramah - err..peramah ke?huhu not exactly la
  • emosi sangat mendalam tapi hatinya mudah terluka - 100% right!
  • berjiwa sentimental - wah~!lagi la betol!!!hahahaa wa memang suka tangkap bab-bab tangkap leleh nih beb!dengar lagu cukup..
  • tidak suka benda yang remeh temeh - waaaa..ni lagi betul!remeh itu menyusahkan..juz make it simple,but im always make it complicated..!sian enche tunang.selalu meleraikan yang complicated tuh.dia yang pening kepala...='(
  • pemerhatian yang tajam - sangat suka memerhatikan gelagat orang.last2 buat teori sendiri yang ntah hape-hape..hahaha *hobi sambilan dengan enche tunang lebih2 lagi kalau sedang lepak diluar :P
  • mudah dan rajin belajar - rajin belajar iye,tapi mudah belajar tuh errr...*sorry,antena ai pendek..lambat pickup! =___=''
  • suka mendiamkan diri - yup,lebih baik berdiam dari memburukkan lagi keadaan..huhu
  • suka duduk rumah - yaaaaa~!! i love it.memang suka duduk rumah dari takde watpa.walhal kat rumah takdak apa pun..zzzzzzz....
  • lemah dari kesihatan perut - ini lagi 100% betul.selalu je sakit perut kalau makan macam-macam + cuaca sejuk.kembung mengalahkan baby!+___+ enche tunangla yang selalu kena tadah telinga kena dengar orang nih dok mengadu sakit perut tetengah malam sebab perot kembong..haizzz...
  • mudah gemuk kalau tidak dikawal - hahahaha!!takasima kan adeee...*bak kata abg syg! :P
  • minta disayangi - haruslah..kasih-sayang kan penting bagi setiap insan huhu
  • mudah terluka tapi lambat pulih - cepat terasa barangkali.yana manusia biasa..bab hati dan perasaan memang tak dapat dipisahkan.ape pun the past is past.life must go on bebeh!

p/s: entry diatas memang almost tepat ada pada diri yana.itu saja corat-coret untuk kali ini yah.jadi, renung-renungkan dan selamat beramal~~*ntah hape-hape mengarut =___=''