Tuesday, June 15, 2010

disini saya ada sedikit information mengenai fadhilat surah yaasin
seperti yang kita ketahui,umumnya memang banyak kebaikan serta pahala dengan membaca surah ini. Antaranya ialah :

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yasin
kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
Jika terpenjara akan dibebaskan.
Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati
al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.



KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH

  • Membacanya akan beroleh pahala seperti membaca seluruh Al - Quran.

  • Membaca 70 kali selama 7 hari dalam keadaan berwudhuk lalu ditiupkan pada air suci lalu diminumnya nescaya akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran yang merosakkan

  • Membaca 41 kali selama 40 hari antara sembahyang sunat subuh dan sembahyang fardhu, Insya'Allah segala hajatnya akan dimakbulkan

  • Mengamalkan membacanya 20 kali setiap solat fardhu lnsya'Allah akan diluaskan rezekinya, dibaiki akhlaknya, dihilangkan kesusahannya serta mendapat berkat dan kemuliaan

  • Membaca 41 kali dapat mengubat sakit mata, gigi, perut dan lain-lain.

  • Seandainya ditulis dengan huruf arab pada tempat putih lagi suci lalu dihapuskan dengan air lalu diberi minum pada sipelupa, lnsya'Allah akan hilang sifat pelupanya itu.

  • Seandainya dibaca 7 kali pada air dan sedikit garam lalu diberi minum kepada orang yang terkena sengatan binatang berbisa, Insya'Allah akan disembuhkan.

No comments:

Post a Comment