Saturday, December 28, 2013

welcome our precious little angels 1

Assalamualaikum w.b.t...

selamat yea semua.alhamdulillah akhirnya sempat jugak ku mencurik-curik masa tengok belog nih. dalam hati rinduu sgt tapi apakan daya. terlalu sibuk dengan si kecil dan sedang menyesuaikan diri dengan gelaran baru membuatkan aku tak sempat nak buat apa2. tumpuan hanya tertumpu pada si kecil dan berpantang..syukur, aku diberi kesempatan oleh Allah untuk aku merasa dan memegang gelaran sebagai ibu. bila seorang wanita itu sudah berkahwin, apabila dia telah melahirkan zuriat suaminya, tiada kepuasan lain yang mampu diucapkan. lengkap sudah hidupnya :) syukur..

ok,jom ikut rentetan kisah kelahiran Muhammad Aleef Riyadh Bin Mohd Hazrol nih. si kecik  nih sekarang dah banyak akal dh..haizz..sampai neneknya pun geleng kepala bila dia mengamuk! haha..


5.11.2013

Seperti biasa mama akan buat checkup di klinik kesihatan seksyen 19, shah alam. kali nih mama da mengandungkan adik almost 8bulan. so, checkup mama seminggu sekali. this time mama ade appointment dengan doc..perut mama kena scan aritu. selepas scan doc mendapati kedudukan adik still diatas. which means adik belum engage lagiii atau nama saintifiknya songsang. aiyoh,mama da macam cuak2. doc scan lagi sekali untuk mengesahkan. so...memang sah. then dia mintak mama refer hospital untuk berjumpa pakar regarding baby breech and air ketuban mama dah kurang masa tuh...

12.11.2013

Pagi-pagi buta lagi mama papa dah keluar nak pergi hospital klang nak jumpa dengan doc pakar. sesampainya disana alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kita. sekejap saja dapat turn. orang tak ramai lagi. cuma tunggu doc je yang saaangatttt lama! katanya dia kat bilik OT. hurmm, redha jelah yea. doc sampai then wat CTG kt mama. purposenya untuk tahu bacaan heartbeat adik. stabil ke tak stabil. selepas selesai tuh turn mama jumpa pakar. scan punya scan dia cakap air ketuban mama kurang. perut mama padat. tujuan sebenar mama jumpa pakar adalah untuk pusingkan adik dalam perut. ingatkan doc boleh pusingkan..tapi doc cakap dia tak boleh buat. if dia buat very HIGH RISK! ok, mama da cuak!

Lepas scan tuh, lepas je dia cakap baby taleh nk dipusingkan terus dia buat keputusan dan dia cakap dengan doc satu lagi yang wat CTG mama tuh......>>>Ok, please set date for the operation<<
Mak datuk! tertelan kelat teruih air liur mama...itu maksudnya mama kena ceaser! muka time tuh dah redha. mama memang dah bersedia. since last week tu lagi. mama siap cakap kt doc pakar tuh, u can do everything to me doc as long as my baby is alive. dia pun senyum :)

Sebelum balik, dorang set kan tarikh for ceaser. date pun dah dapat so mama balik... dalam perjalanan balik mama tatau nak describe feeling mama time tuh. happy ke, bersyukur ke, takut ke, tak sabar ke sebab semua perasaan tu semua bercampur baur. mama happy sebab soon mama dapat jumpa adik. tak sabar pun yea. takut pun ada sebab tulah kali pertama mama kena operation untuk bersalin. sedih lagi ada sebab mama tak dapat nak merasa bersalin normal. nikmat sakit melahirkan tuh. tapi papa banyak motivate mama. semua yang Allah dah aturkan ada hikmah disebaliknya. yup, mama setuju kata2 papa tuh..thanks alot syg ;)


Nak tau bila mama bersalin kan adik??hehe 
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Ok, kita tunggu entry yang seterusnya......................

bye byeeeeeeeeeeee.... ;))))

No comments:

Post a Comment